Drama Satukan Rasa 2019 (Astro Ria)

drama satukan rasa

Drama Satukan Rasa (Astro Ria). Sejak 4 November 2019 yang lalu, Astro Ria telah mula menayangkan drama baru yang diberi tajuk satukan rasa. Drama ini diadaptasi dari lagu nyanyian Khai Bahar dan juga Siti Nordiana. Yang lebih menariknya adalah drama ini turut dibintangi oleh mereka berdua. Macam manalah dua orang penyanyi ini beraksi sebagai pelakon dalam drama ni kan.

 

Kalau ada yang sudah tengok episod-episod sebelum ini, pasti korang suka dan tersenyum sorang-sorang bila menonton telatah Nana dan Khai kan. hehe Diorang ni acah- acah sweet ja kan. hehe.

Jumlah Episod : 20 episod.
Tarikh Mula Tayangan : 4 November 2019.

drama satukan rasa

Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam.
Saluran Tayangan : Astro Ria & Ria HD.

 

Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa

Dalam drama ni ramai sangat pelakon dia. Ada yang baru dan ada juga yang lama. Bagi korang yang tak tahu lagi siapa bintang-bintang yang berlakon dalam drama ni, anda boleh baca di bawah ini.

Mereka adalah Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi.

Kombinasi diorang ni lah yang membuatkan drama ni best untuk ditonton.

 

Sinopsis Drama Satukan Rasa

Kisah Indah, seorang balu sedang selesa menjalani hidupnya sebagai pekerja servis party. Indah pernah menjadi seorang penyanyi terkenal dahulukala terpaksa masuk semula dalam industri musik tanah air apabila dia dipadankan untuk membantu Jai, penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh.

satukan rasa

Rasanya drama ni pun dah nak habis dah. Rata-rata peminat-peminat drama ini berpuas hati dengan gandingan dua orang penyanyi Khai dan Nana dalam drama bersiri ini.

 

Malah ada yang menjangka kan yang hubungan mereka berdua juga akan kekal di alam realiti. betul ke? hehe itu cerita gosip lah kan. hehe.

Apa-apa pun jalan cerita drama ni memang terbaik dan menarik. Korang bagi berapa bintang untuk drama satukan rasa ni?

Jom komen dibawah ya.

 

Selamat Menonton !