Populariti Naqiu melebihi Tomok? Ini Komen Tomok.

tomok dan Naqiu

Populariti Naqiu melebihi Tomok. Sejak Gegar Vaganza 2019 bermula, Antara peserta yang konsisten setiap minggu adalah Naqiu. Sejak itu jugalah nama Tomok turut terkena tempiasnya. Ini kerana, Tomok dan Naqiu popular dalam satu zaman yang sama satu ketika dahulu.

Jadi ramailah yang cakap, lepas ni tomok tak boleh cari makan dah dan ada yang cakap Naqiu sailang tomok dari segi populariti.

Apa pula kata tomok mengenai komen tersebut? Jom kita ikuti temubual bersama Astro Gempak dan Tomok.

Populariti Naqiu melebihi Tomok

“Saya ucapkan tahniah pada Naqiu atas persembahan sangat baik setiap minggu dan doakan dia sukses.

“Jangan berhenti selepas GV sebab bakat dia sangat besar.

tomok dan Naqiu

 

“Bagi saya tak ada isu pun, sebagai rakan kami saling menyokong dan masing-masing punyai peminat sendiri.


“Tak ada istilah cemburu dan ia tak bagus untuk industri.

“Saya sokong dia di GV dan saya nampak dia mahukan kemenangan itu,” katanya kepada Gempak.

Tomok yang ditemui pada majlis pelancaran lagu Sumayyah 2019 dan pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah di D’Saji Titiwangsa semalam mengakui masih berhubung dengan Naqiu.

“Kali terakhir dia ada menghubungi saya ketika tugasannya untuk menyanyikan lagu Meraung untuk GV beberapa minggu lalu.

“Rasanya sudah lama tidak bertemu dengan Naqiu selepas terbabit dalam satu program sama sebelum ini.

“Masing-masing pun sibuk dengan kerjaya sendiri,” tambahnya.

Dalam perkembangan terbaru, Tomok muncul berduet dengan kumpulan nasyid Hijjaz menerusi lagu Sumayyah 2019.

“Satu lagu yang saya minat dari kecil dahulu, ini satu penghargaan untuk menyanyikan lagu yang ramai peminat dan bergandingan dengan legenda nasyid negara, saya sangat gembira,” katanya.

P/S : Korang pun jangan lah dok bandingkan dua-dua kawan ni. tak pasal-pasal diorang gaduh pulak nanti. Mereka ada kelebihan masing-masing.

Keep support them!