Rancangan Dansa Dan Sing Akan Bersiaran Pada 5 Januari 2020.

rancangan dansa dan sing

Rancangan Dansa Dan Sing Akan Bersiaran Pada 5 Januari 2020. Hai Korang, gegar vaganza dah habis. Astro pula bawakan rancangan baru untuk tontonan korang selepas ini. Sebelum itu, juara gegar vaganza 2019 adalah Hady dan Naqiu. Kedua-dua mereka menjadi juara bersama buat kali pertama dalam sejarah gegar vaganza.

Tahniah untuk mereka. Kita dah boleh tutup buku GV. Kita buka buku dansa dan sing pula. Ini rancangan apa pula ni? Siapa pula peserta yang terlibat dalam pertandingan ini?

rancangan dansa dan sing

Korang jangan risau, aku akan kongsikan satu persatu dengan korang.

Peserta dansa dan sing 2020?

Seramai 10 artis dan kumpulan menyertai musim pertama ini. Mereka adalah Arja LEE, Atilia Haron dan Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, W.A.R.I.S, dan Harris Baba.

 

Peserta dansa dan sing

 

Di sebabkan ini rancangan realiti, jadi kita ada dua orang juri tetap iaitu Linda Jasmine dan Dato Rizalman. Mereka akan mengadili para peserta. Selain itu, kita juga akan ada juri jemputan pada setiap minggu.

Konsep Dansa dan Sing?

Rancangan Dansa Dan Sing yang menggabungkan elemen tarian dan nyanyian yang melibatkan 10 barisan artis dan selebriti media sosial.

100 % Markah adalah dari juri. 70 % daripadanya adalah dari tarian dan 30 % dari nyanyian.

Bagi menentukan peserta yang tersingkir, mereka akan diadili dengan undian daripada peminat. Maksudnya para penonton yang menentukan siapa yang akan berada di bottom three setiap minggu.

 

 

Hos program Dansa dan Sing untuk musim pertama ini adalah  Sherry alhadad dan seorang lagi selebriti lelaki yang masih dirahsiakan.

Aku rasa Han Byul sebab tengok teaser diorang bagi tu ada iras-iras han byul. haha. Tapi kita tunggu 5 januari ini untuk tahu siapakah pengacara tersebut.

Rancangan ini akan mula bersiaran pada 5 Januari 2020 nanti. Jangan lupa tengok dan sokong artis kegemaran anda.